Saturday, September 17, 2005 16 September 1993. lahirlah seorang bayi yang selama ini ditunggu2 oleh keluarga. lahirlah seorang anak yang diharap akan menjadi seorang berguna apabila dia dewasa kelak. lahirlah seorang adik yang selama ini dinantikan oleh seorang kakak. lahirlah seorang cucu yang akan menjadi penyeri keluarga. tetapi sayang, bayi yang dilahirkan itu, tidak hidup lama. adik yang diharapkan akan pergi jua. anak yang diharapkan, meninggal pergi. cucu yang dinanti, tak akan kembali. EasmaDzulfiqar Bin Mohamed Yunos.. kakak masih lagi teringat akan dirimu adik, kakak tak dapat melupakan dirimu sayang, kakak masih tak dapat menerima hakikat yang adik sudah tiada, kakak teramat rindu kan adik.. tiada apa yang kakak dapat jadikan utk menjadikan ia memori kita bersama.. tiada potret utk kakak tatap utk melihat wajah adik kesayangan kakak.. tiada apa yg boleh kakak dakap utk bersama mu manja.. hanya apa yang masih terngiang2 ialah.. melihat wajahmu yang suci tidur nyenyak seperti tidak tahu bahawa kau akan pergi meninggalkan kami, mendukungmu seerat nya seakan tidak mahu melepaskan mu sayang, mencium mu seakan kakak tak akan memberi ciuman kasih seorang kakak kepada adik yang lain, harum bau mu yang masih terbau walaupun hingga ke hari ini.. Adik.. kakak rindukan adik.. rindu sangat.. kakak doakan adik ada bersama2 orang2 yg soleh.. kerana senyumlah adik ku sayang, tempat mu sudah dijamin di syurga.. Alhamdulillah. Adik ku manja, jangan lah kamu lupa akan mama dgn ayah, sekiranya mereka pergi bertemu dgn Yang Maha Esa, bawalah mereka bersama sayang.. bawalah mereka mengecap bahagia di akhirat sana.. hanya doamu bersama abang Anwar, dapat membawa ayah & mama mengecapi nikmat bahagia di syurga... Ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang, Sejahterakanlah roh adik beradik ku EasmaDzulfiqar Bin Mohamed Yunos & Anwar Bin Mohamed Yunos. tempatkanlah mereka bersama2 kekasih mu Ya Allah. serta rahmatilah dan sejahterakanlah roh seluruh ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai, muslimin&muslimat yang telah meninggalkan dunia yg fana ini sebelum kami.. tempatkanlah mereka di tempat orang2 yang mendapat rahmat dan meghfirah mu Ya Allah. Aamin Ya Rabbal 'Alamiin... Al-Fatehah.
sealed with a kiss
12:20 PM
[profile]
name: Easmariza
DoB: 25th June (remember it ya)
email: rascalatwork@hotmail.com (msn)
easmariza@gmail.com